Blank On Computer
======Blank==On==Computer======

===========================
Selamat datang di Blank On Computer
===========================

=======================
Jangan lupa klik Pendaftaran ya
=======================

=========================================
Semua anggota baru masuk udah kami aktivkan akun nya .. Kalo ga bisa cek email silahkan buka 1 hari setelah pendaftaran .. =========================================


Terima kasih atas partisipasi kalian.. Moga Blank On Computer jadi Forum yg berguna bagi seluruh umat manusia ..


Blank On Computer Is Largest Forum Indonesia
 
IndeksPendaftaranLogin
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Online
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Pokok Kelawar

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Ilmy Koncek
Administrator
 Administrator


Aquarius Jumlah posting : 130
Join date : 14.12.11
Age : 24
Lokasi : Padang, Sumatera Barat

PostSubyek: Pokok Kelawar    Fri Jan 20 2012, 22:46

Pengalaman menyeramkan ini berlaku pada tahun 1991, di tingkat bawah
rumah aku. Aku tidur di atas sofa panjang ruang tamu, dan memang
sebenarnya itulah tempat tidur aku. Rumah aku ni ada empat bilik, tapi
semuanya berpenghuni. Dengan rela hatinya aku tidur kat situ,
bertemankan kucing yang hari-hari berebut sofa tu dengan aku. Dah dia
pun tidur situ jugak.

Malam tu, macam biasa je, aku letak kepala sambil mulut terkumat-kamit
baca doa tidur. Entah macam mana, mata aku tak rasa mengantuk sangat.
Jadi, aku layan la lebih kurang. Tah sampai ke mana, tak tau la aku.
Sedar tak sedar, aku rasa dah macam terawang-awang, antara tidur dan
jaga, tapi aku masih sedar lagi masa tu. Kat sebelah sofa tempat aku
tidur tu ada sepohon pokok plastik yang tingginya lebih kurang sama
dengan aku. Pokok tu dibuat daripada akar pokok besar, dan dipasang daun
plastik di sekelilingnya. Selalu aku tengok orang buat macam pokok
bonsai tu. Ada banyak bunga berwarna merah di setiap hujung ranting
pohon tu.

Mata aku yang semakin layu tegak memerhatikan pohon tu. Aku rasa macam
tak boleh nak pejam sepenuhnya sebab bunga-bunga merah kat pohon tu mula
bertukar warna kepada oren secara perlahan-lahan. Aku cuba bangun, tapi
tak boleh! Cuba pulak pusing kepala, rasa macam boleh, tapi tak
berpusing pun! Bunga-bunga tu pula dah berubah bentuk. Aku tak nampak
bunga lagi, tapi aku nampak suatu benda kecil seperti kelawar sedang
bergayut di situ. Kenal kelawar tak? Takkan tak kenal, kan. Kelawar
biasa warnanya hitam, tapi kelawar ni berwarna oren. Siap dengan
taringnya menyeringai ke arahku. Aku dah tak tau nak buat apa melainkan
cuma terus memandang ke arah kelawar yang banyak tu. Aku cuba baca ayat
kursi, tapi tak menjadi. Rasa macam dah betul, tapi tak betul. Kalau
orang tengok aku masa tu, orang akan kata aku dah tidur, tapi sebenarnya
aku sedar apa yang berlaku di sekeliling. Cuma aku tak boleh bertindak.
Buktinya, tak lama lepas tu mak aku lalu situ. Spontan mata aku terbuka
dan objek tadi bertukar menjadi bunga semula.

Aku tak tahu nak kategorikan apa cerita aku ni, tapi sebenarnya adalah
kisah benar. Aku ada dengar jugak beberapa orang cerita mengatakan rumah
aku tinggal tu memang agak keras. Entah, tak tahulah nak kata. Selain
daripada cerita ni, ada jugak benda lain yang berlaku. Ada sekali tu aku
dengar bunyi air melimpah dari bilik air atas. Aku naik, spontan bunyi
tu hilang dan berpindah ke bilik air tingkat bawah pulak. Begitulah
sebaliknya bila aku turun ke bawah. Aku malas cakap banyak, terus keluar
naik motor. Waktu tu baru je lepas asar. Semua orang tak ada kat rumah.
Adik aku pun pernah tengok pintu dapur yang berkunci terbuka sendiri.
Pernah jugak aku dengar dari penghuni rumah sebelum ni ada menceritakan
ada sekali dulu dia pernah ternampak hantu pocong bergolek-golek kat
ruang tamu tu, lepas satu-satu macam main golek-golek pulak hantu tu.
Tapi sekarang ni tak tau lah aku semenjak pindah ni macammana pulak
ceritanya rumah tu sekarang. Wassalam.



Add



Facebook
[You must be registered and logged in to see this image.]
Kembali Ke Atas Go down
http://blank-on.yourme.net
Ilmy Koncek
Administrator
 Administrator


Aquarius Jumlah posting : 130
Join date : 14.12.11
Age : 24
Lokasi : Padang, Sumatera Barat

PostSubyek: Diganggu Syaitan    Fri Jan 20 2012, 22:47

HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan
bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak
tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya
rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada
bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang
mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan
kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu
dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ.
Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan
saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih
dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam
sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya
uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat
kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu
perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah
dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini
semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta
kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang
dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa
memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini
perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan
perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah
berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah
dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.

"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada
sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk
mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan
serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun
saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam
itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula
rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu
yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma
saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu
pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga
Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir.
Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu
datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan
hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam,
tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata,
ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi
tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali
gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun
apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya.
Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan
badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam
diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa
sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya
uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa
lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit
selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur
itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila
dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam
pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di
bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu.
Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas
puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka,
tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun,
alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis
menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada
menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana
menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang
diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang,
gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan
syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah
dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh
lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian
tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia
akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang
saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat
dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh
kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera
semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah.
Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan
berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.



Add



Facebook
[You must be registered and logged in to see this image.]
Kembali Ke Atas Go down
http://blank-on.yourme.net
 
Pokok Kelawar
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Blank On Computer :: Beranda :: Cerita Horor-
Navigasi: