Blank On Computer
======Blank==On==Computer======

===========================
Selamat datang di Blank On Computer
===========================

=======================
Jangan lupa klik Pendaftaran ya
=======================

=========================================
Semua anggota baru masuk udah kami aktivkan akun nya .. Kalo ga bisa cek email silahkan buka 1 hari setelah pendaftaran .. =========================================


Terima kasih atas partisipasi kalian.. Moga Blank On Computer jadi Forum yg berguna bagi seluruh umat manusia ..


Blank On Computer Is Largest Forum Indonesia
 
IndeksPendaftaranLogin
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Online
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Kereta Busuk

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Ilmy Koncek
Administrator
 Administrator


Aquarius Jumlah posting : 130
Join date : 14.12.11
Age : 24
Lokasi : Padang, Sumatera Barat

PostSubyek: Kereta Busuk   Fri Jan 20 2012, 22:46

Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara
detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni
pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada
pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah
aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan
harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak
dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand
tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu
kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu
membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti
ada udang disebalik batu.

Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan
atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya…
cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku
ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang
amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk,
aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya
kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan,
macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.

Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang
macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja
(nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit
tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat
sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan
pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari
dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa
apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan
tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang
pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah
malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak
berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,

"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.

"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu
pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya
wanita tersebut pada Zues.

"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.

"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."

"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm
naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues
pun membuka pintu keretanya.

Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi
apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah
tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer
wanita tu suruh berhenti.

"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.

"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.

"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.

"Takde pun?", Zues kehairanan.

"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana
tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan
elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni".
sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.

Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah,
Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si
Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi.
Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.

Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak
menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah
hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah
katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia. Tengah
bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain
ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang
pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, "Takdelah Nazira, semalam
masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah
kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ
jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. "Abang
jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira
buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang
dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya
(takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah
meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata
apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan
cemburu, cemburu tandanya sayang tu.

Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi
dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta,
Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila
dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni
panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya
"Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni?
Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?"
dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang
yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana boleh busuk macam
ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.

Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut
setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah
menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras
kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu,
takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak
taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta
tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang
yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang
baunya. Wallahuaklam.



Add



Facebook
[You must be registered and logged in to see this image.]
Kembali Ke Atas Go down
http://blank-on.yourme.net
 
Kereta Busuk
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Blank On Computer :: Beranda :: Cerita Horor-
Navigasi: