Blank On Computer
======Blank==On==Computer======

===========================
Selamat datang di Blank On Computer
===========================

=======================
Jangan lupa klik Pendaftaran ya
=======================

=========================================
Semua anggota baru masuk udah kami aktivkan akun nya .. Kalo ga bisa cek email silahkan buka 1 hari setelah pendaftaran .. =========================================


Terima kasih atas partisipasi kalian.. Moga Blank On Computer jadi Forum yg berguna bagi seluruh umat manusia ..


Blank On Computer Is Largest Forum Indonesia
 
IndeksPendaftaranLogin
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Online
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Pengalaman Pribadi

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Ilmy Koncek
Administrator
 Administrator


Aquarius Jumlah posting : 130
Join date : 14.12.11
Age : 24
Lokasi : Padang, Sumatera Barat

PostSubyek: Pengalaman Pribadi   Fri Jan 20 2012, 22:45

Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu
tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku
masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini
didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk
kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja
akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut
kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku
pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai
ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu
adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau,
terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya
berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena
tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan
kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi
keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah
nampak elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah
tengahhari kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba
menjerit-jerit macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam
kabut jugak, orang lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak
sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa
menghantar minah tu pulang.

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi
tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak.
Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang
ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak
kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang
berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman,
yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku
sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat
dalam tu mujur ada orang yang dengar.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini
diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada
melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan
terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak
guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat
kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam
tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila
orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la
kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya.
Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu
pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian
histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara
ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka
seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang
menjerit-jerit tu.

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan
"samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak
mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu
meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali
aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak
taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.



Add



Facebook
[You must be registered and logged in to see this image.]
Kembali Ke Atas Go down
http://blank-on.yourme.net
rengga
Newbie
Newbie


Jumlah posting : 10
Join date : 25.01.12

PostSubyek: Re: Pengalaman Pribadi   Wed Jan 25 2012, 15:49

[You must be registered and logged in to see this image.]
Kembali Ke Atas Go down
 
Pengalaman Pribadi
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Blank On Computer :: Beranda :: Cerita Horor-
Navigasi: