Blank On Computer
======Blank==On==Computer======

===========================
Selamat datang di Blank On Computer
===========================

=======================
Jangan lupa klik Pendaftaran ya
=======================

=========================================
Semua anggota baru masuk udah kami aktivkan akun nya .. Kalo ga bisa cek email silahkan buka 1 hari setelah pendaftaran .. =========================================


Terima kasih atas partisipasi kalian.. Moga Blank On Computer jadi Forum yg berguna bagi seluruh umat manusia ..


Blank On Computer Is Largest Forum Indonesia
 
IndeksPendaftaranLogin
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Online
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Pontianak

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Ilmy Koncek
Administrator
 Administrator


Aquarius Jumlah posting : 130
Join date : 14.12.11
Age : 24
Lokasi : Padang, Sumatera Barat

PostSubyek: Pontianak    Fri Jan 20 2012, 22:44

Pengalaman ini aku lalui bersama tiga orang sahabat baikku, Azhar,
Asyraf dan Halim sewaktu kami berada di Melaka. Ketika itu kami baru
sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM. Kami rasa seolah-olah baru
merdeka. Dengan itu, kami bertiga buat rancangan ronda seluruh
semenanjung Malaysia. Kebenaran ibu bapa sudah kami perolehi, lesen
kereta aku dan Asyraf dah ada. Apa lagiiii... raya sakanlah nampaknya!

Perjalanan berkereta dari Johor Bahru tidak begitu membosankan
memandangkan kami sepakat untuk tidak melalui lebuhraya. Kami bertolak
pagi lagi. Destinasi pertama kami ialah Muar. Kebetulan pula, musim
durian sedang 'menjadi', maka kami tak lepaskan peluang, lahap
sepuas-puasnya. Sebelum tu singgah Batu Pahat sekajap, jumpa member,
Rin.

Kami teruskan perjalanan ke Melaka, dan bercadang untuk bermalam di
Taman Rekreasi Ayer Keroh. Sebelum itu kami singgah di Umbai, makan ikan
bakar. Azhar yang memang kuat makan berjaya menghabiskan tiga ekor ikan
bawal bersaiz sederhana dan empat ekor ketam besar.

Selepas makan, kami berehat mengambil angin di pantai Kelebang. Satu
masa dulu, aku ingat lagi, sewaktu kecil aku selalu ke sini dengan
abangku. Tapi sekarang, nampaknya pantai ini tak meriah lagi. Banyak
sampai tersadai di sana sini. Apa boleh buat...

Jam dah hampir menunjukkan pukul 11:00 malam. Oleh kerana agak
keletihan, kami ubah rancangan. Kami batalkan rancangan bermalam di
Taman Rekreasi. Sebaliknya, kami sewa bilik di Ayer Keroh Country
Village, bersebelahan Mini Malaysia. Mini Malaysia ni pun dah tak
semeriah dulu... takde orang pun datang. Aku pun tak tahu kenapa.
Arghhh... peduli apa semua tu. Aku nak tidur. Esok nak bangun, nak jalan
lagi...

Keesokannya, aku bangun paling lambat. Dia orang ni, bangun awal pun
bukannya boleh harap. Aku jugak yang ditugaskan pergi cari sesuatu yang
boleh dibuat sarapan. Takpe laa... lagipun memang aku yang pandu kereta.
Lepas mandi, aku keluar beli roti canai di Taman Muzaffar Syah, dekat
dengan kawasan tu. Roti canai? Huh! Roti canai mamak tu jual rasa macam
kulit tapak kaki ada laa... liat nak mampus!

Aktiviti selanjutnya... mandi kolam sampai tengahari sebelum kami
check-out. Perjalanan untuk ke destinasi selanjutnya ditangguhkan. Kami
ambil keputusan untuk terus berada di Melaka hari ni. Lagipun aku nak
jugak singgah di rumah mak angkat aku kat sini.

Lepas meronda ke sana sini, kami menghala pula ke lebuhraya. Asyraf yang
memandu mengambil keputusan untuk menggunakan lebuhraya, kerana dia ni
rabun malam. Susah sikit kalau ikut jalan lama. Azhar pulak tiba-tiba
nak terkencing. Dah alang-alang berhenti, kami pun lepak seketika. Jam
dah menunjukkan lebih kurang 8:50 malam masa tu. Kawasan tempat kami
parking kereta tu memang agak suram.

Seketika kemudian, mata aku tertumpu ke sebuah rumah yang kelihatan
begitu usang. Entah sapa la yang duduk kat rumah tu. Aku ingatkan aku
sorang je yang tengok, rupanya Asyraf pun terperasan jugak.

Azhar dah selesai menunaikan hajatnya. Sambil hisap rokok, aku ajak dia
orang semua pergi ke rumah tu, sebab tadi aku terdengar semacam suara
orang menjerit. Pada mulanya, Halim menolak. Penakut agaknya mamat ni...
hehe... Akhirnya dia pun bersetuju sebab kami bertiga dah setuju. Sah!
Memang penakut dia ni. Takut tinggal sorang-sorang kat kereta. Hehee...

Setelah memastikan kereta berkunci, kami melangkah ke arah rumah
tersebut dengan semangat berani mati la kononnya. Pergi ramai-ramai
boleh laa... cuba kalau pergi sorang, huh! Hehehee...

Azhar masuk dulu, diikut Asyraf dan aku. Halim mengekori belakangku
sambil tarik baju. Apa ni oiii, tarik baju orang! Dengan perlahan kami
berjalan. Suasana di dalam rumah tersebut sungguh muram, tak ubah macam
cerita drakula yang biasa kita tengok tu. Suasana yang gelap tak
mengizinkan aku untuk mengecam sepenuhnya apa yang ada di sekitarku.

Tiba-tiba aku dengar Asyraf menjerit. Maaakkkkkkkkk...! Kami semua
terdiam, kecuali Halim yang sejak mula tadi sibuk ajak kami keluar.
Sayup-sayup kedengaran suara perempuan ketawa. Halus je bunyinya, tapi
dah cukup untuk membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Arghh, nyesal
pulak aku masuk. Tapi takpe... bila lagi nak tunjuk hero, terutamanya
kat budak Halim ni. Keluar kang, kena kutuk pulak aku, hehehe...

Kami terus berjalan perlahan-lahan. Seketika aku terasa ada sesuatu
merayap di belakangku. Arghh... apa pulak ni? Semakin lama semakin kuat
dan aku rasa benda tu dah hampir sampai ke leher aku. Aku jadik terkedu.
Ehh... Halim mana? Pada masa yang sama juga, aku dengar macam-macam
suara orang menjerit kat dalam sana.

Ziiii....! Kedengaran suara Halim memanggil nama aku. Aku tak dapat
menyahut sebab aku sendiri pun tengah layan benda merayap ni. Arghhhh...
spontan aku tepis benda merayap tu dah aku lari ke depan. Asyraf dan
Azhar dah hilang tah kemana. Aku tinggal sendirian. Tiba-tiba aku nampak
sesuatu di hadapan! Aku tak dapat lari lagi, sebab aku sedang berada di
sebuah lorong sempit, dan perjalananku dihalang oleh lembaga yang aku
nampak tu.

Seorang perempuan cantik sedang berjalan perlahan-lahan ke arahku,
memanglah cantik tapi yang tak sanggup tu ada taring pulak. Uwaaa... apa
aku nak buat ni... Aku cuba baca apa-apa ayat yang aku ingat, tapi
biasa la kan, kalau dah sampai peringkat menggelabah betul ni, satu apa
ayat pun tak ingat. Baca lain keluar lain. Arghhh...

Lembaga tersebut semakin hampir. Aku jadi terpaku. Kakiku seolah-olah
terikat di lantai, tak boleh diangkat. Ohh ibuuu... apalah nasib anakmu
ini. Aku tak dapat buat apa-apa lagi melainkan berserah sahaja. Lembaga
itu dah dekat betul. Aku pejamkan mata. Aikk... tak ada apa pun. Aku
buka mata semula dan... lembaga tu dah hilang!

Aku berpaling ke belakang dan nampak Halim. Disebabkan gelap, aku tak
dapat pastikan muka Halim tu pucat ke tidak. Aku paling ke depan semula
dan berjalan terus. Zusssss...! Betul-betul depan muka aku, lembaga tadi
muncul semula. Aku hampir terjerit, tapi sebenarnya dah memang menjerit
pun. Lembaga tu mengilai dan hilang semula.

Aku rasa makin lama aku makin jauh masuk ke dalam, dan makin gelap pula
tu. Arghhh... tak boleh jadi ni, aku kena keluar cepat. Halim masih di
belakangku, berpaut kat baju aku. Abih laaaa baju aku. Arghhh... tak
peduli, janji aku keluar. Berpeluh jugak aku ni.

Dalam dok mencari jalan keluar tu, aku tersepak suatu benda keras. Aku
tunduk dan cuba mengamat-amati benda tu. Haaaa? Batu nesan? Arghhh...
aku pulak yang jadi takut. Tak fikir panjang, aku terus berjalan, dengan
harapan pintu keluar dah tak jauh dari situ. Halim masih 'melekat' kat
belakang. Nak berlari, risau jugak aku, kot tersepak apa-apa lagi ke,
tak ke naya kalau tersungkur!

Dalam pada tu, bunyi pintu dibuka tutup tak berhenti-henti. Aku dah
semakin takut sebenarnya, tapi cuba buat rilek. Seketika, aku sampai di
satu ruang yang agak luas. Kelihatan beberapa keping papan bertaburan di
atas lantai. Aku perhatikan papan tu... arghh... nampak macam papan
keranda. Aku lari. Tak pedulik dah... lantaklah Halim kena tinggal pun!

Aku betul-betul dah takut. Aku terus berjalan di ruang berhabuk tu,
sampailah nampak cahaya kat depan. Aku berjalan lagi, dan aku lihat daun
pintu di hadapanku bergerak secara tiba-tiba. Cepat oiii... Arghhh...
rupanya Asyraf yang buka pintu tu. Aku berjaya keluar akhirnya. Tak lama
kemudian aku nampak Halim keluar, sambil berlari!

Asyraf dan Azhar dah cucuh rokok. Masing-masing terdiam. Kami
kemudiannya berjalan ke kereta dalam keadaan separuh sewel. Amacam? Ko
nampak apa Azhar? Hehehe... dia gelak je. Cheh... mamat ni berani betul!
Halim diam aje, sepatah pun tak bersuara.

Kami sampai kat kereta. Aku hidupkan enjin. Setelah semua masuk ke
kereta, kami teruskan perjalanan. Halim kena duduk depan, jadik
co-pilot, temankan aku. Tapi dia diam je. Aku pandang ke sebelah, dan...
kah kah kah kah kah kah... terburai gelak. Halim terkencing dalam
seluar! Kah kah kah... semua pakat gelak. Chehh.. aku gelakkan orang,
aku pun kecut jugak sebenarnya. Cuma nasib baik, aku tak kencing lam
seluar macam dia... hehehe.

Plaza Tol Ayer Keroh dah kami lepasi dan sekarang kami menghala ke Port
Disckson. Bersama gelak yang tak henti-henti, kami tinggalkan 'Rumah
Hantu' di Tapak Pesta Ayer Keroh bersama cerita haru Halim terkencing
dalam seluar.

Aku gelak lagi... kah kah kah kah kah kah kah kah... apa la ngkorang
baca cerita ngarut aku niii... kah kah kah kah kah! Buang masa je... kah
kah kah kah kah kah kah kah...



Add



Facebook
[You must be registered and logged in to see this image.]
Kembali Ke Atas Go down
http://blank-on.yourme.net
 
Pontianak
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Blank On Computer :: Beranda :: Cerita Horor-
Navigasi: