Blank On Computer
======Blank==On==Computer======

===========================
Selamat datang di Blank On Computer
===========================

=======================
Jangan lupa klik Pendaftaran ya
=======================

=========================================
Semua anggota baru masuk udah kami aktivkan akun nya .. Kalo ga bisa cek email silahkan buka 1 hari setelah pendaftaran .. =========================================


Terima kasih atas partisipasi kalian.. Moga Blank On Computer jadi Forum yg berguna bagi seluruh umat manusia ..


Blank On Computer Is Largest Forum Indonesia
 
IndeksPendaftaranLogin
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Online
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Kepala Atas Kubur

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Ilmy Koncek
Administrator
 Administrator


Aquarius Jumlah posting : 130
Join date : 14.12.11
Age : 24
Lokasi : Padang, Sumatera Barat

PostSubyek: Kepala Atas Kubur    Fri Jan 20 2012, 22:42

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah.
Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik,
chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor
abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa?
Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam
perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya
berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan
silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud
usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna
keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana
mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu
kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang...
Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah
aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang
dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi
jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku
dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak
bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...

Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut
perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku
pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz
aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk
ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la...
"Assalamualaikum ya ahlal-qubr".

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam
aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau
ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada
buah ke?

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur
tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa
tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak
jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je.
Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak
semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas
kubur, sebelah batu nesan.

"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak
nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat
kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala
tu pulak seolah-olah senyum kat aku.

Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh
bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke
arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil
aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat
situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku
berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku
kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi...
aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak
nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku
takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak
yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.

"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu
kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap
gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la
kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku
panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia
penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?".
"Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam
je.

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu
waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking
kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi
aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah
orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi
sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung
ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku
pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan.
"Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari
tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam
kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia
boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun
tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi
aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari
ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul
memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk
halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.

Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku
ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana.
Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan
terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu,
walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam.



Add



Facebook
[You must be registered and logged in to see this image.]
Kembali Ke Atas Go down
http://blank-on.yourme.net
 
Kepala Atas Kubur
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Blank On Computer :: Beranda :: Cerita Horor-
Navigasi: