Blank On Computer
======Blank==On==Computer======

===========================
Selamat datang di Blank On Computer
===========================

=======================
Jangan lupa klik Pendaftaran ya
=======================

=========================================
Semua anggota baru masuk udah kami aktivkan akun nya .. Kalo ga bisa cek email silahkan buka 1 hari setelah pendaftaran .. =========================================


Terima kasih atas partisipasi kalian.. Moga Blank On Computer jadi Forum yg berguna bagi seluruh umat manusia ..


Blank On Computer Is Largest Forum Indonesia
 
IndeksPendaftaranLogin
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Online
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Kepala Berambut Panjang

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Ilmy Koncek
Administrator
 Administrator


Aquarius Jumlah posting : 130
Join date : 14.12.11
Age : 24
Lokasi : Padang, Sumatera Barat

PostSubyek: Kepala Berambut Panjang    Fri Jan 20 2012, 22:41

Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku
tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal
ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa
sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba
pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam
berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat.
Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah
datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan
cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa
badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang
dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku.
Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di
katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku
tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa
memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina
memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni."
Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula.
Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat
sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak
buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku
seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku
memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan
akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah
tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya
gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku.
Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang
memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil
sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku
nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah
aku nampak sebelum ni!



Add



Facebook
[You must be registered and logged in to see this image.]
Kembali Ke Atas Go down
http://blank-on.yourme.net
 
Kepala Berambut Panjang
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Blank On Computer :: Beranda :: Cerita Horor-
Navigasi: